Pages

Tuesday, June 16, 2009

Ciri-Ciri Muslim Sejati

Bismillah,
Assalamualaikum,

Sesuatu yang ingin saya kongsi bersama..

Ciri-Ciri Muslim Sejati

1. Bermanfaat pada orang lain

Sebagai mulim, kita harus mempunyai sifat-sifat yang baik, contohnya sifat amanah dan tidak menipu. Sifat yang baik itu akan membawa manfaat kepada diri kita dan juga orang lain. Jika kita mempunyai sifat tersebut, orang-orang akan mempercayai kita Mereka juga tidak akan ragu-ragu minta pertolongan dari kita kerana mereka tahu bahawa kita adalah orang yang amanah. Dengan menolong orang lain, kita menunjukkan bahawa kita bermanfaat kepada orang lain

2. Tersusun urusannya

Seseorang muslim sejati ialanah muslim yang tersusun urusannya. Urusan seharian yang tersusun memudahkan urusan atau perkara yang hendak dilakukan. Sekiranya kita ketika di rumah memunyai waktu lapang, kita digalakkan untuk membuat jadual harian sama ada waktu bersekolah ataupun bersukan. Jika kita menetapkan jadual harian, pastinya kita akan rasa mudah utuk melakukan urusan-urusan lain.

3. Sangat menjaga masa

Muslim yang sejati ialah muslim yang sangat menjaga masanya. Islam menekankan bagi kita semua menjaga waktu. Contohnya waktu-waktu solat. Sekiranya kita menjaga waktu solat maka kehidupan kita akan terurus. Kita juga dinasihatkan supaya tidak melengah-lengahkan waktu-waktu solat kerana perbuatan itu tidak disukai Allah. Oleh yang demikian, kita harus berusaha mengerjakan solat pada waktunya.

4. Ibadah yang sahih

Kita harus menjaga tatatertib ketuka bersolat atau mengerjakan ibadah. Contohnya waktu sebelum solat, kita haruslah mengambil air wudhuk kemudian bersedia untuk ke masjid atau musollah. Sekiranya kita mahu membuang air, sebaiknya lakukan itu sebelum mengambil wudhuk. Dan ketuak mengerjakan solat, kita tidak digalakkan untuk bergerak-gerak ketika bersolat. Oleh itu, kita haruslah melakukan ibadah yang sahih untuk menjadi seorang muslim yang sejati.

5. Akhlak yang baik

Muslim sejati mempunyai sifat-sifat yang sempurna. Pergaulan dijaga, percakapan sopan dan saling memahami diantara kawan-kawan merupakan akhlak yang baik. Sekiranya kita mempunyai sifat-sifat muslim sejati ini, ia memudahkan bagi kita untuk begaul dengan kawan-kawan lain. Kita haruslah bersopan-santun ketika becakap dengan kawan-kawan terutama sekali ibu bapa kita semua.

Jadi apabila berada di rumah nanti, kita mestilah berubah dan mulakan hari kita semua dengan akhlak yang baik.

Massalamah,

Assalamualaikum.

0 comments: