Assalamualaikum, Bismillah,
SAYA musykil, apakah perempuan yang didatangi haid boleh memegang dan membaca tafsir al-Quran? Jika boleh, adakah seseorang itu harus mengambil wuduk untuk membaca tafsir berkenaan.
Alhamdulillah, saya dapat jawapannya di bawah ini.
WANITA yang didatangi haid tidak boleh memegang mashaf al-Quran dan membaca ayatnya seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak boleh seseorang yang berjunub dan kedatangan haid membaca sesuatu pun dari ayat-ayat al-Quran” – (Riwayat at- Tirmizi )
Bagaimanapun, sekiranya membaca doa menaiki kenderaan dan sebagainya (di mana doa itu adalah sebahagian daripada al-Quran) yang diniatkan menjadi zikir ia adalah dibolehkan.
Mereka boleh membaca terjemahan atau tafsir ayat al-Quran dan memegangnya tanpa perlu mengambil wuduk. Namun mereka hendaklah memelihara jari jemari daripada tersentuh ayat al-Quran bagi menghormati ayat suci tersebut.
Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Semoga kita dapat belajar dan terus mendalami lagi ilmu pengetahuan kita. Insya Allah.
Monday, November 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Adakah hukumnya haram jika wanita haid menyentuh alquran?apakah hukum orang bukan islam yang menyentuh alquran untuk mengkaji?
Post a Comment